Terima kasih Ya-Rabb

Monday, November 7, 2011

"04/11/2011" merupakan hari yang paling ditakuti oleh pelajar uitm di seluruh Malaysia.First,sebelum cek result tu,RnR sebentar di Facebook.Suma course mate dah update status pasal kejayaan dorang,lagilah aku betambah seram.Apa lagi terus buka Yahoo mail,skali mau cek tak dapat pula.Rupa-rupanya belum isi SUFO,aiyoo.Time seram2 begini pun ada juga musibah.Kemudian isi lah SUFO,Alhamdulillah semua itu berbaloi.Akhirnya aku bergelar graduan setelah sekian lama.Lega yang teramat sangat,terima kasih kepadaNya yang tak putus2 membantu aku.TERIMA KASIH~

Unexpected Occurence!!

Monday, September 26, 2011

Akhirnya setelah sekian lama dapat jugak menempias di sini.Bulan ni bulan stress buat aku,kenapa??benda yang aku expected untuk dapat A mungkin membolehkan aku gagal semester ini.Takut yang teramat sangat,tak pernah aku rasa seteruk ni.Seandainya aku repeat,aku memerlukan masa untuk menyesuaikan diriku..Sehingga sekarang aku rasa takut,sehinggakan paper-paper lain selepas itu pun rasa mau tak mau sahaja belajar..Aku hanya mampu berserah kepadaNya..

Progress??

Saturday, July 16, 2011


Asyik sahaja membelek blog barulah saya perasan jumlah entri dari first buat blog ni(Ikut kawan).Terdapat penurunan dari awal bulan januari sehingga sekarang bak kata pepatah "Hangat-hangat tahi ayam".~Aisehh~Nah ambik kaw...Awal-awal sahaja rajin,lepas itu??habuk??tak la juga habuk yang penting ada ba(walaupun 2 sahaja).

P/s:~Nampak sangat Malas...hehe...

Antara otak menghafal dengan otak mengira

Wednesday, July 13, 2011

Assalamualaikum


Otak menghafal??otak mengira??kedua-duanya kelebihan yang Allah berikan kepada kita.Sesetengah orang beranggapan dia hebat sebab pandai mengira dan memperkecilkan orang lain yang tidak pandai mengira.Pelik?Masing-masing ada kelebihannya sendiri dan keduanya boleh mengisi sektor pekerjaan mengikut kemahiran tersebut.Apa yang paling penting adalah lengkapkan diri kita dengan usaha,pasti kita dapat lakukan apa yang kita mahu,sekarang atau masa hadapan.Jadi,bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan.man jada wa jada,wa man zara hasada.

Filem Sekali Lagi

Thursday, June 9, 2011

Pastinya bulan Jun ni pawagam akan diisi dengan tawa ria dan air mata kerana hadirnya filem Sekali lagi.Skali skala layan cerita berGENREkan romantik tak salahkan.Lagipun Lisa Surihani berlakon tu,plus lagi Mia Sara.Wahh,mesti best ni..Cute ba Mia Sara tu,rasa nak cubit-cubit  dan tampar-tampar jak..Aiik,apa aq merepek ni.=_="




SINOPSIS

      Sekali Lagi” menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.
Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.
Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.
       Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman. Segalanya akan dirungkaikan dalam ”Sekali Lagi…” yang akan muncul di pawagam pada 30 Jun 2011.


Trailer Sekali Lagi





Ni la Mia Sara:~





~Punyalah CUTE..(Aik,apa ni lagi)
~Siap ada Page FB lagi,Here.


P/S:~Penantian berDarah..

Ikhlas

Wednesday, June 8, 2011



Tertarik dengan satu artikel ni.Wujudkah macam itu??tepuk dada tanya selera.

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------

P/S:~Credit to http://www.iluvislam.com/

Bruno Mars - Earth to Mars

Sunday, May 29, 2011

Bye-bye Doo-Wops and Hooligans,Hai Earth to Mars..tapi banyak track dulu la..



Tracklist

-All She Knows
-Watching Her Move
-Take The Long Way Home
-Just The Way You Are(Remix)
-Where Did She Go
-Faded
-Talking To The Moon(Acoustic Piano Version)
-Ladies Is Pimp Too
-Lost
-Rest
-Somewhere In Brooklyn
-Turn Around
-Lights


P/s:~Kawan aku sorang ni mesti sibuk download(Mau Mintak kelak)....